weight

Thursday, March 17, 2016

Jalan jalan ke Hong Kong Part 1

Dah lama tak update blog yang dah lama bersawang ni Oklah kali ni nak cerita sikit pasal cuti-cuti ke Hong Kong masa cuti sekolah baru-baru ni Percutian ni memang fokusnya untuk bawa anak-anak berjalan nak pergi ke Disneyland. Serononknya diorang bila mama dan ayah nak bawak gi jalan-jalan. Perkataan pertama yang keluar dari anak-anak.."bolehlah jumpa anna, elsa...woddy,,,wah seronoknyaaaa"

Thursday, November 17, 2011

Turun 1 kg menjadi 90 kg

Setelah hampir 2 minggu gigih berdiet...akhirnya dapat juga berat 90 kg setelah berjogging, bersenam, jaga makan ( kadang2 ada hari kantoi juga, tp tak bnyk pon ..sekadar nak merasa)
alhamdulillah...teruskan progress untuk break angka 8... aku janji, cecah je angka 89, aku potong rambut aku yang dah panjng ni:hehehe

breakfast hari ni
Telur mata goreng 2 biji

gambar tak sempt nak tgkap sebab sekrg pakai handphone takde kamera...

Wednesday, November 9, 2011

Sudah turun 4.5 kg

sudah turun 4.5 kg..yeah..pagi tadi dengan bersemangat aku cek jarum penimbang..berat anda sekarang ialah 91.5 kg...yes..tak sia2 aku buat diet atkins ni....selepas cheat day masa aidiladha lepas..aku balik keep on track bila sampai ke shah alam...

target sekarang beratkins dan malam buat sedikit senaman kardio dirumah..you can do ittt amir

MENU HARI INI
Pagi: sayur campur + telur goreng hancur 2 biji
air masak 4 gelas

Wednesday, November 2, 2011

Hari pertama buat atkins diet

Hari ni hari pertama untuk aku buat diet atkins...berat aku 96 kg masa check pagi tadi

so mulakan hari ni dengan breakfast 3 telur mata..hahahha..gile kentang banyaknya..
dalam amsa 2 minggu ni aku buat proses induksi..doakan aku berjaya..

menu pagi : 3 biji telor dadar

makan tghari : ikan goreng, tauhu sumbat dan sayur kacang buncis


Wednesday, December 1, 2010

Bayaran ke 6 dari Backlinks

Hari ni datang pergi kerja naik LRT, wife nak pinjam kereta buat pergi shopping tengahari. berpeluh gak nak menapak ke office bila dah turun tangga LRT Abdullah Hukum..takpelah, kira eksesais pagi2..elok untuk kesihatan.

Bila dah sampai office, cam biasa bukak email gmail aku...terus terpandang..BackLinks.com Publisher Payment: November, 2010



Syukur alhamdulillah..walaupun tak banyak mana..bolehlah aku beli domain untuk projek baru bulan ni..huhu..terima kasih backlinks

Sunday, November 28, 2010

Bila nak dapat kunci rumah ni


Forte didepan rumah masa melawat di alam budiman

Progress pembinaan rumah aku di ALAM BUDIMAN dah siap 100 peratus. Baru dapat surat dari OCBC yang duit sudah diserahkan 100 peratus kepada pemaju., dan mulai 1 disember 2010 aku dah kena bayar full amaun..huhu..

Dah tak sabar nak amsuk rumah baru..betullah penantian itu satu penyiksaan

Tulis pasal Income report program online

Mulai kali ni, aku nak letak post berkenaan report income yang aku terima dari program buat duit diinternet yg telah lama aku join..Selain nak tunjuk progress berkaitan duit yang aku terima, aku juga nak jadikan ia sebagai sumber inspirasi buat aku sendiri, supaya sentiasa bekerja keras untuk lebih berjaya lagi..

Income report untuk bulan October 2010

Google AdSense – US$499.72 (RM1,575.37)
Vectormagic Affiliates – US$ 8.59 (RM 27.00)
Backlinks - US$ 3 (RM 9.45)

Grand Total: US$ 511.31 (RM 1611.82)


rate semasa 1 USD = 3.15250 MYR . Aku harap dengan naik skit rate tukaran asing ni, makin bertambah lagi rezeki yang ada..Alhamdulillah. Nak kena naikan balik pendapatan adsense supaya capai target usd 1k sebulan tahun 2011 nanti..Aku juga ada join program infolinks..nampaknya dah dapat duit skit...kalau ianya berterusan, bolehlah jadi backup kalau apa2 berlaku kat akaun adsense aku..huu