weight

Wednesday, January 30, 2008

Bekas Mufti Selangor meninggal dunia





Datuk Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini.


Kuala Lumpur 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini.

Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam akibat masalah tekanan darah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.



alfatihah diucapkan untuk bekas mufti negeri sselangor. Semoga rohnya ditempatkan Allah dalam golongan orang-orang yang beriman..Alfatihah

Dosa Berkuku Panjang


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama

seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan
kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas
apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga
bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah
santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak
akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.....

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah
kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak
anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang
terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan
hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Wassalam.


Sunday, January 27, 2008

Kasih ibu sampai ke Syurga


Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya. Kos upah
membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Dzuhur:
Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:

Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya':
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Sudahkah anda menunaikan solat hari ini?

Wednesday, January 23, 2008

Cerita kelakar

Dapat cerita pendek ni from my friend..harap-harap menceriakan hari anda semua

Pemberitahuan
Barang siapa yang terjumpa seorang budak lelaki yang berumur dalam 8 tahun, berbaju biru, berseluar hitam, dan berselipar besar; dalam kawasan bedekatan anda, sila hubungi Puan Maimun (ibunya) di talian +60345678901 +60123456789 kerana IBU DIA NAK PAKAI SELIPAR TU!

hehehhe

MEGAT JUNID MENINGGAL DUNIA


Megat Junid meninggal dunia pada 24/01/2008 7:36am

Kuala Lumpur 24 Jan. - Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, telah meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Anak Allahyarham, Megat Firdouz memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara

Takziah diucapkan kepada keluarga allhyarham. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin

Boring Gila hari ni

Funny Pictures
Funny Pictures


hari ni sepatutnya cuti thaipusam. tapi bos suruh datang kerja lah pulak..boring sungguh


Sunday, January 20, 2008

Den bau poi seromban

Hehe..kali ni nak cerita kena pergi seremban sebab kena jadi fasilitator Program Klinik UPSR anjuran Berita Harian . Tempat yang kena pergi tu namanya Kolej MARA Seremban. Huh, kul 5 pagi aku dah bertolak dari PJ sebab takut sesat. Iyolah, first time gi sana, dengan map yang lum tentu betul ke idak..hehe..

pukul 6 tu aku singgah gi RNR Seremban, lepak kejap sambil tunggu waktu subuh. adalah berapa kerat orang, takdelah sunyi sangat. makcik2 banyaklah, anak2 dara tak nampak pulak..hehehe ada rombongan mak kiah pergi ke KL kot. Sambil tu tunggu lagi seorang member yang pergi, mr fakhri. Ha ada geng ni takdelah risau sangat. Risau sebab takut tak sampai on time dan takut kalau parents student2 ni bambu kalau kami lambat sampai. Parents sekrg ni lain macam sikit...heheh..

Akhirnya sampai la jugak tempat kolej MARA ni, dekat dengan Allson Klana sebagai landmark dia. huhu..sonang yo tompeknyo...hahahahahha...macam kacang goreng la.. makan kacang goreng lagi susah....sampai kul 7 pagi..masih lagi gelap dengan angin yang sepoi2 bahasa..Sojukkk jangg..hahaha

pukul 8 baru lah ramai parents datang hantar anak2 diorang. Macam 2 ragam diorang ni erk.. ada yang buat ramah, ada yang buat muka garang, ada yang senyum2, ada yang takut2, ada yang selamba kool-giler-tak-hingat-dunia..hehehe..ramai jugak sampai jem lah dibuatnya kolej tu..budak2 yang daftar adalah dalam 220 orang..berpeluh aku menguruskan pendaftaran depa2 ni semua. Akhirnya kul 9 abislah sudah daftar, bebudak ni terus masuk dewan kuliah dan mereka pon start la berklinik sampai pukul 5.30 petang. Untung2 diorang ni sebab makan sedap-sedap..heheh. ( maunya aku tak gemuk, unit pendidikan kat tempat aku ni memang terkenal dengan "Unit makan terbanyak Berita harian" terpaksalah aku salahkan unit sendiri diatas kenaikan mendadak jumlah-jumlah lemak dalam badan aku ni.

pukul 6 aku bertolak balik ke Petaling jaya. Dalam pukul 7.15 sampailah aku dengan selamatnya ke rumah. Drive kereta pon tersengguk2 sebab ngantuk sangat. berapa kali dah aku tampar pipi sampai merah pipi aku nak kasi sedar. Letih bangat dong. Akhirnya aku tertidur jam 9 malam pas isyak sebab esoknya aku kena pergi buat hari yang kedua..zzzzzz..kroihh..kroihhh......

Monday, January 7, 2008

Aku berpindah ketempat yang lebih selesa

Selamat Tahun 2008 ! dan selamat tinggal untuk tahun 2007 yang banyak meninggalkan aku bermacam cerita menarik, tak menarik, happy, sedih. macam2 rencah kehidupan. Apapun aku harap tahun baru ini membawa erti yang lebih bermakna kepada aku sebagai hambaNya.

Tahun ni juga aku duduk kat rumah baru..ala menyewa je..nak beli rumah sendiri tengah mengumpul duit, ntah bila nak cukup2 ni..hehhe..berpindah dari lokasi di Cheras ke Kelana Jaya berhampiran dengan Jambatan " pulau pinang" kat lebuhraya LDP. Aparment Kelana Impian. Jenuh jugak mencari mula-mula tu. Apa tidaknya, rate kat situ rata-rata RM900-RM1k. masak nak membayarnya. Tapi cuba try2 call number phone kat situ dapatlah owner melayu, seorang tentera Udara. Dapatlah rate 850. Oklah tu, dah buat calculation, cukup-cukup makan. Yang penting dekat ngan rumah mak ngan ayah nak hantar si cenonet afiqah ni. Kalau dulu dari cheras, aku kena bergerak dari rumah seawal jam 6.30 untuk make sure on time kat opis. Kalau terlewat siaplah menghadap jam. 1 jam ajer perjalanan cheras ke Petaling jaya.

Komen aku pasal apartment kat sini ok..fun lah jugak tempatnya..ada security, ada awek kilang lalu lalang... nak pergi makan senang, kedai banyak, hypermarket pilih je, nak Pasaraya Bintang atau Giant. So far..ok..Puas hati. i give 4 bintang dari 5 bintang

Si fiqah sangat gembira, happy dia merangkak ke sana ke mari sampai jenuh aku nak melayan dia. my faourite activities, memasak boleh dilakukan dengan happy sekali. Bolehla aku try resipi baru. Haihh, bertambah bunting la perutt aku ni..



fiqah pictures di ambik menggunakan D40 nikon with sb 800 Flash light

itu je la cerita untuk petang2 yang memboringkan ni..nak buat keje pun rasa mengantuk je...zzzzzzzz