weight

Monday, October 27, 2008

Ungu - Sesungguhnya (OST Soleha)

Pagi ni datang keja ngantuk gile....kes sebab takleh tido...heheh..bnyk sangat surfing internetnya..iyerlah..nak tambah pendapatan internet, kena lah rajin mengadap komputer cari info2 baru.

harini cuma nak kongsi lirik lagu yang agak bestlah jugak di halwa telinga ku ni..lagu dari OST sinetron Soleha ( awek dia cun..heheh)..Sesungguhnya dari kumpulan UNGU....enjoy

Ungu - Sesungguhnya (OST Soleha)

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

(Korus)
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah


Donwnload mp3nya

5 pelaburan terbaik dari duit internetku

Erm..Malam ni takleh tido lagi..jam dah pukul 3.30 pagi neh..Terasa lak nak tulis benda2 yang aku dah gunakan atau beli dari duit sepanjang aku ceburi cari duit di internet nih.Aku buat entry post ini dalam bahasa melayu sebab ramai orang lebih faham dalam bahasa ini..boleh faham kan..kalau tak faham, maleh aku nak layan ..hehehe

1. Handphone Nokia N70




Mengapa ianya adalah salah satu pembelian terbaikku? Ini kerana handphone ini aku beli dengan menggunakan duit online yang aku usahakan selama ini, tak macam yang dulu..beli nokia 3310 [pakai ptptn..kalau tak silap regenya dalam 330 kot...(hilang masa aku naik motor kat federal highway masa naik motor..sayang je ilang cenggitu. Pelaburan menghampiri RM1400 ini sangat berbaloi buat aku. .maklumlah, aku ni jenis kedekut kalau nak membeli benda mahal ni ( mahal ke? ).. Sampai sekrg aku pakai, dah dekat 1 tahun setengah..so far puas hati..heheh..selalu aku gunakan sebagai modem untuk online internet bersama pakej celcom 3g yang ku suscribe...

2. Nikon D40




Aku teringin nak ada kamera sendiri..lagi2 yang jenis digital slr..aku ada kamera lama slr lama..nikon fm10..tapi sebab kita semua dah ke arah moden dan globalisasi..kenalah bergerak seiring..cewah..so far aku berpuas hati beli kamera yang aku beli ngan harga RM1880.00 ni..ringan , mudah, user friendly, dan gambar2 yang diamik pon sangat memuaskan hati..Sesuai lah ngan aku yang tahap beginner nih..kalau ada duit lebih..ingat nak amik yang setahap di atas lagi..tapi yang ni ok kot..buat masa ni..( amir, jangan tamak amir..huuhu)

3. Lens Nikkor 50mm-200mm VR



Aku beli lens ni pun secara mengejut...tengah aku rancak berbual ngan member sengalku, Lan Pili, dia mengoffer untuk menjualnya..aku lak memang tercari lens untuk telephoto ( zoom)..apa lagi, secepat kilat aku beli darinya sebab harga yang dioffer tu sangat menarik..RM 600 untuk lens yang dia beli dekat Rm1k...nasib ko lah lan..sapa suh jual kat aku..hahahaha..hasil gamabr dari lens ni ? sangat puassss hatiiiiii...berbaloi tahap kuasa 2


4. Apple Imac PowerpC G5





Ini juga satu pelaburan jangka masa panjang. Dan pembelian imac ku adalah hasil income online + freelance aku juga. Aku beli selepas adsense ku mencapai tahap membanggakan..lepas 2 - 3 bulan kumpol, dapatlah juga aku membelinya pada harga Rm6 k lebih...sampai sekrg ia masih memberi perfomance yang sangat mengujakan dan masih setia berkhidmat tanpa kerosakan yang maksima..tapi monitor nya sudah sedikit retak ( eg ngan salim punya pasal la ni )...nak repair mau dekat 2 ribu.,..hahaha..koyak poket

5. Simpanan di ASB dan tabung Haji

tidak lupa juga untuk menabung di masa depan..kalau nak harap duit gaji ku yang biasa2, memang lambat lah nak menempa kejayaan...semoga Allah merahmati rezekiku dan beroleh rezeki yang berlipat kali ganda di masa yang lain..aminnn..apalah gunanya harta jika ia tidak diredhaiNya....:-)



Saturday, October 25, 2008

Team badminton gagak hitam

Subang Jaya, 24 Oktober: Dah lama rasa aku nak post tentang aktiviti haram yang selalu dilakukan bersama geng2 gagak hitam. Setiap malam sabtu, aku akan beriadah bermain badminton tahap tertinggi bersama rakan-rakan ku di pusat 3K , subang jaya berdekatan dengan A&W 24 jam, bermula dari jam 9.30 malam hingga 11.30 malam


Kelihatan team gagak hitam sempat memberikan pose manja dan gembira sebelum berlangsungnya perlawanan di Pusat sukan 3k, subang jaya baru-baru ini.

Memang best dan segar rasanya sebab dapat berpeluh2 dan keluarkan lemak2 yang mula meliat dalam badan. Ditambah lagi dengan aksi permainan yang begitu mengasyikkan hinggakan kalau misbun sidek tengok pon boleh pengsan dengan aksi yang dipertontonkan. (kemungkinan beliau pengsan bukan sebab terkejut atas kehebatan kami, tapi atas skill2 hebat seperti jumping smash menyapu angin( smash tak kena, gaya dah ada), backhand terkehel ( backhand ke badan kawan sendiri )dan rasuah pengadil garisan ( aku kalau dibelanja nasi ayam sure akan kata masuk walau bola sebenarnya out..heheh)...

penulis ( aiseh ayat news ni ) sempat melakukan aksi jumping smash yang tidak kena sebenarnya. faktor cahaya yang silau dikatakan menjadi punca kegagalan ( alasan je lah tu )


penulis membelek gambar2 yang tidak jadi untuk didelete memandangkan space memori kad tidak mengizinkan beliau mengambil gambar sesuka hati


aksi mendebarkan sejurus pertarungan berlanjutan ke rubber set. ketika gambar ini ditangkap, kedudukan ialah pada 14-15


Saudara Zuraizee dari NST dipilih sebagai "player of the month" oleh yang berhormat Saudara Aie. kelihatan saudara firdaus menunjukkan tanda protes kerana beliau tidak dicalonkan


famous jugaklah team aku ni, sebab kartunis tersohor pon main sekali, iaitu brother aie ( aku dan sesuatu, blues untuk aku dll). Selalu juga pertarungan antara kami berlanjutan ke rubber set lantaran sengitnya pertarungan. tapi yang penting aku puas sebab skill2 lama masih ada untuk diperturunkan. yang menarik perhatian aku, aku tgk ada parent chinese bawak anak2 main badminton...memang hebat skill mereka dengan teknik dan taktik yang dipertontonkan..kagum jugak aku sebab anak beranak memang hebat. Aku senyum sebab aku ada reason sendiri...

lepas sahaja abis bermain, pergi lah minum2 kejap sebelum balik ke rumah..banyak benda yang disembangkan..yang mengarut banyaklah..biasalah kalau org laki berbual, lagi2 bab melawak ni..huhuuh...-PERNAMA

Wednesday, October 22, 2008

Tempahan karikatur sangat menggalakkan

Lepas je musim raya abis, walaupun sekarang masih lagi di bulan syawal, nampaknya aku masih lagi kena berjaga malam siapkan karikatur atau avatar untuk para pelanggan ku..penat sehh..tapi sebab nak cari duit nya pasal..aku kena tolak jauh2 perasaaan nak bermalas2 tu

anda ingin kan wajah anda dikarikatur? layari ww.karikatur4u.com

Wednesday, October 15, 2008

CITY 2009 VS MITSUBISHI LANCER GT 2.0


VS


hari ni nak citer angan2 aku pasal kerete ni..hehe..rasanya mampu dah aku nak bertukar angin ni...dengan pendapatan ku yang ada sekarang ni dan sedikit rezeki yang Allah kurniakan. Alhamdulillah..segala puji hanya padaNya. Mungkin agak gile gak rasanya nak bertukar kereta ni sebenarnya, tapi bila fikirkan, bila duit bayaran bulanannya berbeza dengan apa yang perlu ku bayar harini, aku fikir nak berhati-hati..ada org kata, bakpe beli keter mahall2, buang duit je, kan kereta ni susut nilai, bukan cam rumah..

tapi ntahla, mungkin aku memikirkan dari segi kepuasan diriku..dan rasanya bila belanja bertambah, aku akan menggunakan secara maksimum kebolehan diriku mencari wang...hehehe

kereta ni berbeza segmen dan harganya, satu untuk family car, satu lagi untuk family car but sporty looks..hmm..dalam dilema gak nih...tapi itu kalau rezeki ku berterusan la..kalau takde...aku pakai kereta yang ku sayangi sekrg ni sampai berkarat..hehehe