weight

Sunday, November 28, 2010

Bila nak dapat kunci rumah ni


Forte didepan rumah masa melawat di alam budiman

Progress pembinaan rumah aku di ALAM BUDIMAN dah siap 100 peratus. Baru dapat surat dari OCBC yang duit sudah diserahkan 100 peratus kepada pemaju., dan mulai 1 disember 2010 aku dah kena bayar full amaun..huhu..

Dah tak sabar nak amsuk rumah baru..betullah penantian itu satu penyiksaan

Tulis pasal Income report program online

Mulai kali ni, aku nak letak post berkenaan report income yang aku terima dari program buat duit diinternet yg telah lama aku join..Selain nak tunjuk progress berkaitan duit yang aku terima, aku juga nak jadikan ia sebagai sumber inspirasi buat aku sendiri, supaya sentiasa bekerja keras untuk lebih berjaya lagi..

Income report untuk bulan October 2010

Google AdSense – US$499.72 (RM1,575.37)
Vectormagic Affiliates – US$ 8.59 (RM 27.00)
Backlinks - US$ 3 (RM 9.45)

Grand Total: US$ 511.31 (RM 1611.82)


rate semasa 1 USD = 3.15250 MYR . Aku harap dengan naik skit rate tukaran asing ni, makin bertambah lagi rezeki yang ada..Alhamdulillah. Nak kena naikan balik pendapatan adsense supaya capai target usd 1k sebulan tahun 2011 nanti..Aku juga ada join program infolinks..nampaknya dah dapat duit skit...kalau ianya berterusan, bolehlah jadi backup kalau apa2 berlaku kat akaun adsense aku..huu

Beli TV Full HD Philips

Dah lama tak mencoret cerita mengenai life aku kat sini..dah bersawang , kena ambik bulu ayam nak buang habuk2..:-) . Ceritanya mengenai TV crt aku yg dah lama pakai sejak kawen haritu dah rosak..hilang satu warna..Warna rancangan kat TV jadi kusam. Aku ingatkan ada wayar tercabut ke, pasang tak ketat..Sekali buka Astro pon sama juga..Ingatkan plan nak beli TV baru masa masuk rumah nanti.masa masuk rumah tu ingta nak angkat TV 50 inches plasma or 42 inci LED 3d tv ..dah usya2 dek..So aku tunggu la..dari hari kehari makin tak syok lak tgk tv ni..warna dia buat sakit mata..Dek kerana tak tahan..kena lah beli Tv flat ..sama ada Plasma atau LCD..nak beli LED 3d tak mampu pula lagi....

So pada hari sabtu, jam 3 petang aku pergi ke Carrefour di Subang, dekat gile ngan umah aku..aku bajet nak cari yang 32 inci saja..yg penting ianya LCD dan full HD serta leh sambung kat PC..so bila sampai, puas belek mebelek..Panasonic ada, Samsung ada, Toshiba ada, Sony pun..bajet pula dalam 1, 300 paling tinggi..Tengah aku syok mencari2 tu..aku terpandang Tv Philips...macam cantik je gambar dia...terus aku baca Full specs dia..macam menarik..Full HD, ada boleh sambung ke PC, jimat letrik sampai 4o peratus (itu yg diclaim oleh Salesman dia la) dan yang menariknya waranti 3 tahun..so setelah berfikir panjang, aku angkat saja lah terus itu Tv Philips...ni model nya


cantik kan model TV ni..hehe.

Dan bila sampai dirumah ..aku pasang terus tanpa tertangguh2 lagi..dan hasilnya..Sangat Puas Hati...next time kalau ada bajet nak angkat Blueray Player lak..kita layan mOvieee..yeayyy..sehingga berjumpa lagi