weight

Thursday, December 14, 2006

Yeay..tol naik lagi..yahuu

Akhirnya keputusan 5 konsesi untuk menaikkan kadar tol pada tahun depan mendapat kelulusan dari kerajaan. Bersedialah untuk cari duit2 syiling kat tabung dan kat dompet yang sebelum ni diabaikan..gila ah..nampaknya aku kena teruskan plan asal nak naik motor...G oooh G..napelah tak fikirkan masalah rakyat miskin cam aku nii...gaji tak naik2 jugak...sigh

Tol Di Lima Lebuh Raya Naik 1 Jan

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang naik antara 30 sen dan RM1 mulai 1 Jan ini.

Lima lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Kadar baru bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen). Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu ketika mengumumkan demikian Khamis berkata jika kerajaan membenarkan kesemua pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada pengguna adalah lebih berat, iaitu di LDP kenaikan mencecah RM2.10, Lebuhraya Shah Alam RM2.40, Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1.20 Batu 11 RM1.10 dan Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM8.80 dan (Bentong) RM3.70.

Bagi kelas lain, kadar baru tol di LDP, yang dibina pada harga RM1.5 bilion, ialah RM3.60 bagi kenderaan Kelas 2, RM5.40 (Kelas 3), 90 sen (Kelas 4) dan RM1.80 (Kelas 5).

Pengguna Lebuhraya Shah Alam, yang dibina pada kos RM1.3 bilion, perlu membayar RM3.30 (Kelas 2), RM4.40 (Kelas 3), RM1.10 (Kelas 4) dan RM1.70 (Kelas 5).

Bagi Lebuhraya Cheras Kajang yang dibina pada kos RM330 juta, pengguna di Batu 9, perlu membayar RM2 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan RM1 (Kelas 5). Tol di Batu 11 pula ialah RM1.80 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan 90 sen (Kelas 5).

Di Lebuhraya Koridor Guthrie, yang dibina pada harga RM862 juta, pengguna perlu membayar RM2.80 (Kelas 2), RM4.20 (Kelas 3), 70 sen (Kelas 4) dan RM1.40 (Kelas 5).

Di Lebuhraya KL-Karak yang menelan belanja RM500 juta, penggunanya di Gombak perlu membayar RM10 (Kelas 2), RM15 (Kelas 3), RM2.50 (Kelas 4) dan RM5 (Kelas 5). Di Bentong, pengguna perlu membayar RM6 (Kelas 2), RM9 (Kelas 3), RM1.50 (Kelas 4) dan RM3 (Kelas 5).

Kelas 1 adalah untuk kereta, Kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, Kelas 3 lori besar dan treler; Kelas 4 teksi dan Kelas 5 bas.

sumber - BERNAMA

Wednesday, December 13, 2006

Lepas geram


Semalam adalah hari paling panas hati aku peringkat antarabangsa..pasal apa aku panas? sebab aku panas sungguh dengan sikap setengah pemandu jalanraya yang selalu menganggap jalanraya itu atuk, nenek,bapak, mak dan keluarga mereka yang punya..huh..memang dah hangat orang katakan pasal sikap setengah pemandu di Malaysia ni yang kurang ajar dan tak boleh bertolak ansur langsung..tak kira apa bangsa pun..

oklah, sikit punya panjang dia punya intro. Kisahnya begini, biasalah..dah pukul 5.30 petang, aku mengeluarkan diri dari opis aku di bangsar untuk balik ke rumah di cheras..jalan kat situ standard aaa..lagi2 jalan selepas tol 50 sen menghala ke taman connaught. Lagi best semalam adalah hari pasar malam sedunia untuk peniaga kat area taman connaught tu.jem dia mak aiii kat dalam kereta je sejam untuk jarak 8km..Yang aku panas ada seorg pemandu ni memang kejenya suka menghon aku bila aku tak bagi dia jalan...nak bagi jalan macamana kalau dah jem macamtu..tepi penuh kete, depan penuh kereta..lagi bes siap bagi lampu tinggi lagi kat aku..takkan tak ada timbang rasa..semua orang nak sampai rumah cepat brader ..bukan dia sorang ajer, dan bila dia bagi lampu tinggi lip lap lip lap, aku cakap, Wah wah wah..ini sudah lebey pakcik...aku taulah kereta ko vios..aku wira ajer..ala..vios kat indonesia tu jadi teksi ajer.( sori..pemilik vios..ejekan ini untuk pemandu semalam sahaja)..

Nak kata aku buat salah kat dia, rasanya takdelah pulak..takde pulak aku buat zig zag, potong queue tak bagi signal..aku dah panas hati, aku bagi hon dia balik lepas aku bagi dia jalan dan aku pulak berada di belakang dia..puas hati akuuuuuuu.(jahat jugak aku, astaghfirullah )

kesudahan cerita ini?

aku membiarkan ajer kereta vios putih itu laju dan biar kereta lain queue kereta aku..biarlah dia laju . Malas aku nak layan orang takde tamaddun ni...

Moral:
a) jangan sesuka hati hon kalau takde benda nak dihonkan
b) sila beratur jika jalan jem..jangan pentingkan diri beb
c) kalau lepas potong queue tak bagi signal, sila2 lah angkat tangan..sejuk hati sikit..aku akan sangka baik2..

end of story

Monday, December 11, 2006

Siti dah berisi la pulak



Siti yang kelihatan sudah berisi skit..cam dah ada baby lah ni kot..alhamdulillah..subur siti ni..heheh..tapi posing kedua tu cam kureng skit la..bercekak pinggang..kurang ayu skit..cam orang jantan pon ada..


Apabila Siti bergaya dengan barangan bernilai RM2 juta
WALAUPUN kelihatan semakin berisi sejak mendirikan rumah tangga, penampilan Siti Nurhaliza tetap memukau dengan koleksi tiara, rantai, gelang dan cincin De’Elegance berharga RM2 juta –

Walaupun pihak media terpaksa menanti lebih sejam, Datuk Siti Nurhaliza hanya tampil selama 15 minit sahaja merasmikan pelancaran koleksi edisi terhad tiara oleh pengeluar barangan kemas mewah, Elegance Club yang berlangsung di sebuah hotel di pinggir ibu kota, baru-baru ini.

Dan sebaik sidang akhbar bermula, pengacara majlis mengingatkan pihak wartawan agar soalan-soalan yang dikemukakan kepada Siti Nurhaliza hanya menfokuskan kepada majlis tersebut.

Mengikat kontrak selama setahun dengan produk itu dengan empat penampilan istimewa, kata Siti Nurhaliza yang kelihatan semakin berisi sejak mendirikan rumah tangga, syarikat berkenaan telah menaja koleksi barangan kemas dan tiara sepanjang pernikahan dan perkahwinannya di Kuala Lumpur dan Kuala Lipis, Pahang pada Ogos lalu
sumber media cetak

Sunday, December 10, 2006

Utusan dan NSTP nak merge?




Wah..tajuk kali ni macam serius aje...aku bukanlah pandai sangat nak berhujah pasal bab-bab politik ni..bukan bidang aku pun, yang aku tau pasal politik..cukup tahun ada pilihanraya, aku undi..undi siapa? Undi anda adalah rahsia..hehhe. tapi kadangkala ada juga benda dalam hati aku yang rasa pelik dan tertanya2 dengan tindakan pihak tertentu.

Berkaitan dengan tajuk di atas, aku sebagai rakyat biasa , kurang bersetuju jika Utusan digabungkan dengan NSTP. Entahla..hati kecil ni macam tertanya2, why why why.. , kalau boleh biarlah Utusan dengan identitinya yang cukup gah dan bersejarah dan biarlah NSTP juga dengan kemasyhurannya yang tersendiri ( aku dah kata, aku tak pandai cakap pasal politik...eheh)

Apa akan jadi jika kedua2nya bergabung? Mungkin..aku kata mungkin..pandangan dari aku yang cetek fikiran ( aku masih mentah dengan hal2 politik )...
a) Pembaca akhbar akan membeli satu paper je dari salah satu keluaran samada Utusan atau Berita Harian..buat apa nak beli 2 paper dari kampeni sama..isi dah tentu sama...
b) Kadar Persaingan akan berkurangan
c) Mungkin akan ada pemberhentian pekerja ( VSS )

Aku harap kerajaan akan membuat sesuatu dan mempertimbangkan untuk mengekalkan Utusan agar tidak bergabung. Biar utusan dengan identitinya.

Ada apa dengan adsense?

Sekarang ni orang kat malaysia dan seluruh dunia begitu teruja denga google adsense..sampai mak aku yang tak berapa mahir IT pun tanya kat aku " mir, dari mana ko dapat check google adsense ni". Aku pon cakap ngan mak aku dengan sopannya.." Google adsense ni adalah program google yang berasaskan pay per click..bla..bla..bla.. adwords, niche..bla..bla..( last2 mak aku terus memblahkan diri sambil pening kepalanya mendengar penjelasan aku..)
Ramai orang berlumba nak buat duit di internet..yaaa...internet..ada orang kata internet ni lubuk emas baru...sumber rezeki alternatif.memang betullah tu...pendek kata..di mana ada kemahuan..disitulah ada jalan Klang Lama..lol

Masa mula2 kenal ngan adsense ni pun, aku tak sengaja terlayar laman web wangcyber.com ( hasil carian encik google dengan keyword "perniagaan internet") Web ni lah yang menjebakkan diri aku ke dunia penuh onar ni..opsss..onar plak...hati aku berdetik..wahh.,.ini sudah bagus..boleh buat duit nak beli sport rim kereta, boleh beli PS2 ( tengok , inilah otak org melayu..tak semua..segelintir je..termasuklah aku )belum apa-apa dah berangan-angan...sebelum ni memang la aku tercari2 sumber kewangan sampingan yang boleh membantu menaikkan ekonomi yang sentiasa tandus dihujung bulan..ahh..aku tak nak lagi makan mee maggi...aku nak makan sup ekor, tom yam ujung2 bulan ni...

Dipendekkan cerita...aku bergelumanglah dengan dunia adsense ni..aku buat blog berdasarkan apa yang aku suka dan apa yang aku minat..aku buat blog mengenai design dan tutorial kat huzeyk.blogspot alhamdulillah, aku buat teknik 2 untuk tarik traffik yang dinasihatkan otai adsense ni dan berjayalah aku memiliki Usd 1.92 pada bulan pertama..heheh..jadilah..sapa nak bagi duit byk tu kan...kat sini aku share tips aku nak dapat traffic ke blog aku

a. buat tutorial grafik yang berkualiti dan submit ke web2 yang mempunyai traffic tinggi macam good-tutorials, pixel2life.com, photoshop101.com dan banyak lagi.Jangan lupa submit sampai pengsan. dan apa bila tutorial tu dah di approved oleh tuan punya web..bersedialah untuk menerima kehadiran beribu2 pelawat sampai pernah image hosting ( pakai photobucket ) bandwith limit.purata sehari adalah 200 ke 300 visitor yang menjenguk..jenuh aku tukar hosting images lain..hehhe

b. submit tutorial tadi ke artikel directory macam ezinearticles dan jangkakan trafik yang sama macam langkah A

c. berdoa agar orang yang tgk tutorial tu klik sekali tanda penghargaan..but dont do SPAM dan jangan klik iklan sendiri..itu dah langgar T.O.S adsense dan jika tertangkap oleh hacker2 google..automatik ince2 boleh dibanned.

So hari demi hari yang dilalui , otak aku asyik terfikir adsense 34 x, sampai naik lemau dah..berkat kesabaran, akhirnya berjayalah jugak aku memiliki cek yang pertama setelah 2 bulan memerah keringat idea..RASANYA?..owh..lihatlah dunia..akhirnya aku percaya bahwa internet ini memang menjanjikan sesuatu jika anda betul2 berusaha.

Ini cek google pertama aku..dah habis dah buat tampung belanja kawen haritu..hahahah



dan sekarang ni aku masih lagi beradsense dan masa yang sama aku masih bekerja di opis seperti biasa dengan purata pendapatan bulanan adsense aku 150-200 usd.Alhamdulillah ,hehe...aku berimpian agar satu hari nanti aku boleh buat menda ni secara full time seperti problogger2 malaysia yang otai motai like LIEWCF, alang, dan ramai lagi. Moga tercapai impian murniku ini..amin. Akhir kata, selamat beradsense!