weight

Wednesday, December 13, 2006

Lepas geram


Semalam adalah hari paling panas hati aku peringkat antarabangsa..pasal apa aku panas? sebab aku panas sungguh dengan sikap setengah pemandu jalanraya yang selalu menganggap jalanraya itu atuk, nenek,bapak, mak dan keluarga mereka yang punya..huh..memang dah hangat orang katakan pasal sikap setengah pemandu di Malaysia ni yang kurang ajar dan tak boleh bertolak ansur langsung..tak kira apa bangsa pun..

oklah, sikit punya panjang dia punya intro. Kisahnya begini, biasalah..dah pukul 5.30 petang, aku mengeluarkan diri dari opis aku di bangsar untuk balik ke rumah di cheras..jalan kat situ standard aaa..lagi2 jalan selepas tol 50 sen menghala ke taman connaught. Lagi best semalam adalah hari pasar malam sedunia untuk peniaga kat area taman connaught tu.jem dia mak aiii kat dalam kereta je sejam untuk jarak 8km..Yang aku panas ada seorg pemandu ni memang kejenya suka menghon aku bila aku tak bagi dia jalan...nak bagi jalan macamana kalau dah jem macamtu..tepi penuh kete, depan penuh kereta..lagi bes siap bagi lampu tinggi lagi kat aku..takkan tak ada timbang rasa..semua orang nak sampai rumah cepat brader ..bukan dia sorang ajer, dan bila dia bagi lampu tinggi lip lap lip lap, aku cakap, Wah wah wah..ini sudah lebey pakcik...aku taulah kereta ko vios..aku wira ajer..ala..vios kat indonesia tu jadi teksi ajer.( sori..pemilik vios..ejekan ini untuk pemandu semalam sahaja)..

Nak kata aku buat salah kat dia, rasanya takdelah pulak..takde pulak aku buat zig zag, potong queue tak bagi signal..aku dah panas hati, aku bagi hon dia balik lepas aku bagi dia jalan dan aku pulak berada di belakang dia..puas hati akuuuuuuu.(jahat jugak aku, astaghfirullah )

kesudahan cerita ini?

aku membiarkan ajer kereta vios putih itu laju dan biar kereta lain queue kereta aku..biarlah dia laju . Malas aku nak layan orang takde tamaddun ni...

Moral:
a) jangan sesuka hati hon kalau takde benda nak dihonkan
b) sila beratur jika jalan jem..jangan pentingkan diri beb
c) kalau lepas potong queue tak bagi signal, sila2 lah angkat tangan..sejuk hati sikit..aku akan sangka baik2..

end of story

No comments: