weight

Monday, December 11, 2006

Siti dah berisi la pulak



Siti yang kelihatan sudah berisi skit..cam dah ada baby lah ni kot..alhamdulillah..subur siti ni..heheh..tapi posing kedua tu cam kureng skit la..bercekak pinggang..kurang ayu skit..cam orang jantan pon ada..


Apabila Siti bergaya dengan barangan bernilai RM2 juta
WALAUPUN kelihatan semakin berisi sejak mendirikan rumah tangga, penampilan Siti Nurhaliza tetap memukau dengan koleksi tiara, rantai, gelang dan cincin De’Elegance berharga RM2 juta –

Walaupun pihak media terpaksa menanti lebih sejam, Datuk Siti Nurhaliza hanya tampil selama 15 minit sahaja merasmikan pelancaran koleksi edisi terhad tiara oleh pengeluar barangan kemas mewah, Elegance Club yang berlangsung di sebuah hotel di pinggir ibu kota, baru-baru ini.

Dan sebaik sidang akhbar bermula, pengacara majlis mengingatkan pihak wartawan agar soalan-soalan yang dikemukakan kepada Siti Nurhaliza hanya menfokuskan kepada majlis tersebut.

Mengikat kontrak selama setahun dengan produk itu dengan empat penampilan istimewa, kata Siti Nurhaliza yang kelihatan semakin berisi sejak mendirikan rumah tangga, syarikat berkenaan telah menaja koleksi barangan kemas dan tiara sepanjang pernikahan dan perkahwinannya di Kuala Lumpur dan Kuala Lipis, Pahang pada Ogos lalu
sumber media cetak

No comments: