weight

Saturday, October 25, 2008

Team badminton gagak hitam

Subang Jaya, 24 Oktober: Dah lama rasa aku nak post tentang aktiviti haram yang selalu dilakukan bersama geng2 gagak hitam. Setiap malam sabtu, aku akan beriadah bermain badminton tahap tertinggi bersama rakan-rakan ku di pusat 3K , subang jaya berdekatan dengan A&W 24 jam, bermula dari jam 9.30 malam hingga 11.30 malam


Kelihatan team gagak hitam sempat memberikan pose manja dan gembira sebelum berlangsungnya perlawanan di Pusat sukan 3k, subang jaya baru-baru ini.

Memang best dan segar rasanya sebab dapat berpeluh2 dan keluarkan lemak2 yang mula meliat dalam badan. Ditambah lagi dengan aksi permainan yang begitu mengasyikkan hinggakan kalau misbun sidek tengok pon boleh pengsan dengan aksi yang dipertontonkan. (kemungkinan beliau pengsan bukan sebab terkejut atas kehebatan kami, tapi atas skill2 hebat seperti jumping smash menyapu angin( smash tak kena, gaya dah ada), backhand terkehel ( backhand ke badan kawan sendiri )dan rasuah pengadil garisan ( aku kalau dibelanja nasi ayam sure akan kata masuk walau bola sebenarnya out..heheh)...

penulis ( aiseh ayat news ni ) sempat melakukan aksi jumping smash yang tidak kena sebenarnya. faktor cahaya yang silau dikatakan menjadi punca kegagalan ( alasan je lah tu )


penulis membelek gambar2 yang tidak jadi untuk didelete memandangkan space memori kad tidak mengizinkan beliau mengambil gambar sesuka hati


aksi mendebarkan sejurus pertarungan berlanjutan ke rubber set. ketika gambar ini ditangkap, kedudukan ialah pada 14-15


Saudara Zuraizee dari NST dipilih sebagai "player of the month" oleh yang berhormat Saudara Aie. kelihatan saudara firdaus menunjukkan tanda protes kerana beliau tidak dicalonkan


famous jugaklah team aku ni, sebab kartunis tersohor pon main sekali, iaitu brother aie ( aku dan sesuatu, blues untuk aku dll). Selalu juga pertarungan antara kami berlanjutan ke rubber set lantaran sengitnya pertarungan. tapi yang penting aku puas sebab skill2 lama masih ada untuk diperturunkan. yang menarik perhatian aku, aku tgk ada parent chinese bawak anak2 main badminton...memang hebat skill mereka dengan teknik dan taktik yang dipertontonkan..kagum jugak aku sebab anak beranak memang hebat. Aku senyum sebab aku ada reason sendiri...

lepas sahaja abis bermain, pergi lah minum2 kejap sebelum balik ke rumah..banyak benda yang disembangkan..yang mengarut banyaklah..biasalah kalau org laki berbual, lagi2 bab melawak ni..huhuuh...-PERNAMA

No comments: